watch ur words...


kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

pantun dua kerat yang masih lekat dikepala
dah lama tak belajar psal pantun2 ni

tapi kan... kadang2 apa yang terluah di bibir tak sama dengan apa yang ada dekat dalam hati
hanya Dia yang tahu...

walaupun kata-kata itu kedengaran keras
dan pada yang mendengarnya akan judge
kita ni...
senang cerita kita ni kelihatan seperti seorang yang terlalu lancang dalam berkata2
contohnya nampak macam kita ni memperkecilkan orang lain
tapi sebenarnya bukan begitu....

kadang2 percakapan kita ni terbit dengan spontan
dan kadang2 luahan bicara mendahului niat...
seakan bukan kita yang mengawal percakapan itu

terlajak perahu boleh berundur
terlajak kata badan binasa

pantun dua kerat yang kedua yang kalau perasan dua perkataan terakhir tu adalah sama 'badan binasa'

sesal...
selepas meluahkan kata-kata
itu perkara biasa...
tapi lebih baik kan daripada terus menyumbang dosa

biarlah apa orang nak kata...
nak fikir...
asal kita tahu Dia sentiasa ada...
dia akan terima taubat kita...
atas keterlanjuran yang tak disengajakan...
semoga Dia juga merahmati pada yang terus mencipta tafsir pada diri
Dia Maha Tahu...
Dia kaya dengan keampunan...

i better shut my mouth...
watch my words...

sticky note; fikir dulu sebelum cakap
kalau tak ada benda baik nak cakap elok diam je...
tapi nanti orang kata sombong...
pulak dah...
kalau dah terlepas cakap benda yang tak sepatutnya 
banyakkan beristighfar dalam hati...
*zikrullah tak kenal tempat dan masa...
biar bibir tak mengungkap sebarang kata
asal hati terus bertasbih memuji-Nya...
Dia Maha Tahu...





rawan

Andai saja aku bisa menterjemahkan selembar rasa di dasar hati yang kian mencengkam sukma ke dalam suatu bahasa yang mungkin mampu dimengertikan oleh setiap jiwa yang mencuba. Namun sesungguhnya, begitu payah aku rasakan. Terlalu sulit untukku gambarkan dengan lakaran tak berwarna pada setiap naluri rasa di atas kanvas kehidupan yang pastinya tak semudah tutur kata. Lantaran hati kian meronta mendamba secalit tenang di celahan kegelisahan dan kepedihan yang menjalar perlahan... namun menusuk ke segenap daerah hati yang tercorot. 

Gerak tari jemari semakin hilang rentak dalam mencoret rasa mentafsir jiwa. Entah kenapa serasa seakan sudah tiba detik dan tika untukku melontar jauh cebisan duka yang mulai bercambah tanpa aku sedari kerana yang pasti aku sendiri tak mampu menceritakan sejak bila tersemainya ia. Namun, apa jua yang aku cuba lakukan tetap jua tak akan pernah bisa melunturkan rawan di ulu hati yang kian membarah. Luka itu kian membengkak dan bernanah kerana aku sendiri yang tidak pernah mencuba merawatnya atau setidak-tidaknya memberi sedikit ruang dan perhatian tatkala ia mengadu kesakitan. 

Mungkin jua benar, hanya air mata yang bisa menjadi penawar yang paling mujarab pada sakit yang memerlukan segunung kesabaran. Setiap titis air mata yang mengalir di cerun pipi menjadi tanda kepasrahan dan penyerahan seluruh jiwa dan raga untuk Dia.  Takdir yang berbicara mengajakku kembali kepada-Nya. Memberi sedikit ruang untukku berkongsi atau setidaknya mengadu dan merintih pada yang tak akan pernah mengabaikan. 


sticky note; 
luka di hati PERLU dirawat...
dan syifa' yang paling mujarab adalah apabila dirawat oleh Pemiliknya...

"Kita memang tak boleh hidup sorang2 selagi kita tak bergantung pada yang tak mati"~kawan mat luthfi~

rindu dia...


kawan datang dan pergi silih berganti...
tak salah kan kalau tetiba kita rasa apa orang cakap rindu dekat kawan2 yang tak ada di depan mata...
rindu itu normal bagi semua
tapi susah nak mengakuinya
rasa segan... malu...
kadang2 terfikir...
mungkin aku je yang terhegeh2 ingat dekat dia tapi dia...
entahlah...
benda ni normal sebenarnya kan?
sebab...
tanpa kawan kita akan...

"ase lonely tadop org nk pegang tngan nak nangis same2 lalui hari2 y verrrry hard n tiring."<---------- ni kata2 dia masa saya tengah down...

tapi kita ingat dekat dia sebab dia baik n dia yang akan selalu ada masa kita sangat perlukan dia ketika suka dan duka...
pernah ada orang cakap
orang yang baik akan sentiasa dikenang 
walau ke mana kakinya melangkah...
orang yang dia tinggalkan akan sentiasa mengingatinya dan mengharapkan pertemuan kembali dengannya...
ini bukan bermakna rindu kita kepadanya melebihi daripada rindu kita kepada ayah bonda dan Pencipta
tapi itu satu tanda 
kita sangat menghargai pertemuan yang telah Dia tetapkan
itu tanda kita bersyukur
Dia mempertemukan kita dengan dia...
untuk mengajar kita erti kasih sayang sesama saudara...


Pengabdian seorang hamba kepada Allah adalah satu kewajipan. Tanggungjawab yang hakiki. Kemanisan merasai belaian kasih-Nya akan melupakan kita pada nikmat dunia yang hanya untuk seketika. Kesibukan kita dalam meraih cinta-Nya akan menjauhkan kita dari kerinduan kepada hamba-Nya yang hanya insan biasa. Keindahan ayat-ayat cinta-Nya akan memujuk kita dari kelukaan yang mendalam. Bicara kita adalah bicara suci. Tanpa suara dan kata-kata kerana penghubung kita adalah suara hati kerana kasih kita kepada Rabbul Izzati. Bertemu berpisah kerana Allah. Qalam rinduku tak akan pernah berhenti menari mengukir nama-Nya di sudut kecil diari hatiku kerana Dialah penghubung rindu antara aku dan dia...



sticky note;
 rindu dia kerana Allah...
kerana dia yang sentiasa mengingatkan kita agar tak akan pernah melupai-Nya...
dia yang sentiasa membisikkan kalimah-Nya 
dengan harapan kita juga akan sentiasa basahkan bibir dengan zikrullah...

A'udzubillah

أَعُوْذُبِعِزّةِاللهِ وَقُدْرَتِهِ,مِنْ شَرّمَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

" Aku berlindung kepada kebesaran Allah. Dan aku berlindung dengan kekuasaan-Nya. Daripada kejahatan yang aku rasakan. Dan daripada segala ketakutan."




"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? Dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu. Yang memberatkan tanggunganmu. Dan Kami tinggikan sebutan (namamu) bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap." [94: 1-8]

*sticky note; bersama kesulitan ada kemudahan... sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan...