refresh hati





setiap manusia pasti akan diuji namun yang pasti setiap ujian itu berbeza-beza
makin kita cuba dekat
makin kita diduga dengan hebat
sebab Dia nak hadiahkan pahala bersyarat
bersyukurlah andai anda mampu melepasi setiap dugaan
namun jangan dicemuh dia yang tewas dalam arus kehidupan
mungkin dia tak cukup kuat untuk waktu ini
ketahuilah sesungguhnya itu berat buat dia
rasa berdosa tapi pada masa yang sama rasa tidak berdaya
tapi sekurang-kurangnya dia berusaha dan terusan berdoa
anda juga...
doa buat kita dan dia
sebab manusia itu sifatnya tak sempurna.
mana mungkin ada manusia yang tak berdosa kecuali Rasul Nya?
meski dia seorang alim ulama'.
tapi yang pasti kita hamba 
berusaha menghindari dan meminimumkan dosa untuk meraih redha-Nya



Dia tak suruh pun kan kita compete sapa lagi baik dari sapa?
kann? 
tapi Dia suruh kita usaha sama-sama jadi baik...
reminder.
=)



Dia uji kekuatan pada ketaatan
buat dia
dan...
Dia uji keikhlasan dalam ketaatan
buat anda.
jangan pula anda yang merasa lapang itu
menang dalam tewas
johan dalam gagal.




sticky note:
refresh hati... 
jauhi ujub...
cantas riak...

Nur Irsyad - Senandung Al Fatihah



sangat bermanfaat untuk saya
dan saya harap memberi manfaat juga untuk awak.


dulu masa kecil-kecil selalu dengar dan alhamdulillah daripada sini saya dapat ingat maksud surah yang kita baca tiap-tiap hari, Al-Fatihah...
sangat bagus kalau banyak nasyid2 macam ni.
nanti boleh try ingat maksud surah-surah tertentu.
betul.
kalau nak harap baca dan hafal nak-nak masa zaman-zaman yang banyak cabarannya memang susah.
salah satu inisiatif la.
even, bulan-bulan Islam pun susah nak ingat kalau tak ada yang komersialkan menjadi nasyid.
sama juga dengan nama-nama Rasul.
serius.
saya kalau nak suruh sebut nama-nama Rasul ke, bulan-bulan Islam ke nak juga kena ada melodi dia.
dah terbiasa dan dengan cara itu juga kita ingat selama ini.
sejak kecil.




-kalau dengan 'menyanyi' itu boleh mendekatkan... kenapa menjauhkan?-

-influenza-



guys... will you?


........................................................................................................................................
dia ganggu hati
entah siapa yang mulai
yang pasti segalanya tidak mampu dihindari
rasa itu menghantui
mencambah tunas tanpa sesiapa mengetahui
melainkan Allahurabbi...


mekar senyuman mencambah barah pada jiwa
mengoyak carik sekeping hati yang lemah tak bermaya
teman merintih hanya Dia
membayangi dosa noda tercela
menitis air mata


tidak pernah sekali terlintas untuk mengkhianati cinta 
apatah lagi mengenepikan kasih seluas dunia
tapi hati ini Kau duga
sehingga rebah parah menyerah
kerana sesungguhnya qalbu ini lemah
lemah bila hadirnya dia
menjadi insan ketiga antara kasih kita
menggugat ikatan menggoyahkan benteng yang dibina


sesekali terlintas di fikiran 
mengapa perlu dia hadir dalam lembaran ceritera kehidupanku
sedangkan seakan baru seketika kasih kita bertaut kukuh
membina bahagia yang tersemat kemas dalam sanubari
bahagia mencintai-Mu yang tak pernah melukai
bahagia mengasihi-Mu yang tak pernah melupai


kenapa perlu hadirnya dia untuk sekadar melukai
menyakiti tanpa dia sedari
mencantas tawa tanpa dia ketahui
melakar hiba tanpa dia mengerti
dan dia terus tersenyum hingga kini
kerana sesungguhnya dia tidak menyelami
tidak membayangi apa yang ku lalui
dan tidak perlu aku kira
kerana silap itu bukan pada dia


dalam diam, pedih ini ku ratapi
pedih menanggung rasa berdosa
sakit memikirkan khilafnya di mana sehingga hati ini tak mampu ku jaga
Duhai Kekasih Agung...
andai sakit ini menjadi asbab untuk Kau menerima insan sehina aku
andai pedih ini menjadi mahar untukku miliki cinta Agung-Mu
aku rela...
sedang Kau tahu aku lemah tanpa tuntunan-Mu
Duhai Pemilik hidupku
ku mohon...
bantulah hamba-Mu...
bantu aku untuk menjaga kesetiaanku dalam mengagungkan cinta-Mu...




sticky note:





p/s: niatnya nak masukkan puisi ni dalam novel coming soon tapi... ntah la bila nak coming nya novel tu...
^^ ok buat masa ni sangat sibuk.
tak sempat nak fikir idea dan tak ada masa untuk itu.
mungkin lagi setahun ke... dua tahun ke...
perhaps...
insya-Allah... :P

stand with



kata seorang teman, cik nin;
"OUR holy land.
Bukan theirs.diorang tolong jaga untuk us."



mereka tak suruh pun kita sayang mereka 
tapi Allah suruh kita sayang sesama saudara...
kita sayang mereka, Allah sayang kita.

lebih dari harapan...





"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
[Ibnu Atho`illah]


........................................................................................
secebis intipati dari video yang osem ni^^
tapi saya prefer awak yang tersesat ke mari, dengar sendiri.
serius awak takkan menyesal.
boleh jadi... awak akan menitiskan air mata...



Jika Allah hendak memberi kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan



Hasbunallah wani’malwakil
"Cukuplah bagi kami Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan."

“Ramai orang yang terpaksa bersabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur."





Sticky note:
Apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya
 La tahzan... innallahama'ana...

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” 
[al-Hadid: 23]





homesickness syndrome, yes?


even a picture can tell everything... 



"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."
[Luqman, 31: 22]


.......................................................................................................

rindu yang sarat melatari jiwa menyesakakn ruang dada hanya mampu diluahkan kepada Dia dalam sujud panjang ditemani air mata bergenangan.
benteng kolam mata yang pecah seakan tak mampu diteguhkan lagi
mutiara jernih yang mengalir seakan tak akan usai.
Allah... sesungguhnya dia milik-Mu. 

entah kenapa sejak akhir-akhir ini selalu teringat dekat mak ayah di kampung.
rindu sangat dengan mereka.
tak mampu nak diungkap dengan kata-kata 
malah kalau pun qalam dan tangan bertaut melakar bicara juga masih belum mampu menggambarkan rasa
infiniti.
semoga mereka dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia.
Ya Allah... 
jangan sampai rindu yang bercambah mekar ini mebayangi harum rindu kasih kepada-Mu.
jangan sampai rindu yang terbina utuh ini mengaburi teguh rindu kasih kepada kekasih-Mu.



"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
[Luqman, 31: 14]




sticky note;
jangan lupa rutin setiap pagi...
sedekahkan Al-Fatihah untuk mak ayah.
insya-Allah hidup berkat.

teruskan melangkah







Laksanakanlah amalan soleh walau sekecil manapun ia kerana tiadalah kita tahu amalan soleh yang manakah akan membawa kita ke Syurga. Amalan yang dilihat hebat di mata manusia mungkin tidak bernilai di sisi Allah kerana sering digoda riya', manakala amalan kecil lebih mudah ikhlas dek kerana tiada diendah oleh manusia...

~ Dipetik dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman



-Teruskan melangkah andai jalan itu benar 
meski duri berbisa yang tertusuk tajam dicelahan jari mengalirkan darah merah pekat, 
menitiskan mutiara jernih di tubir mata mengungkap derita yang bersarang di jiwa.
kerana nanti satu ketika merah darah itu menjadi saksi perjuangan demi Ilahi, 
jernih mutiara itu menjadi saksi perjuangan demi Ar-Rahim-





sticky note: 
"We cannot change the past to rewrite a better beginning, but we can work for the future and strive for a better ending."
[Syeikh Yasir Qadhi]

link

call mak... pastu berbalas salam dan bertanya khabar.
selepas beberapa ketika berbual
saya: .........................
mak: eh, kenapa senyap ni? halo.......
saya: ya... ya... ada...
mak: kenapa diam?
saya: habis tu nak cakap apa? (dalam nada berguarau sambil tertawa dan mak turut sama tertawa)
         dalam hati; saya cuma nak dengar suara mak je... sebab kalau saya bercakap mak hanya akan     
         mendengar kan? :( 
         dan sekarang tawa mak menyapa telinga. tenang.
mak: minggu depan, (maksud mak minggu depan, depan) krismas kan? tak cuti?
saya: cuti sehari je...
mak: sekarang musim buah.
        (mak berkias rupanya... hua.... dalam hati Allah je yang tahu. saya memang nak balik mak! bukan  
         sebab buah. tapi sebab rindu sangat dengan mak!.tapi apakan daya... :(

lepas habis cakap godek2 kalendar mengharapkan keajaiban. huh... 25 dis hari selasa. jadi... 


minggu depan minggu 'prafinal exam'
for sure hati tak berapa nak damai.
call mak sebab rindu nak dengar suara dia.
lepas dengar rasa macam nak nangis pulak. 


"Ya Allah... Kau sayangi, kasihi, lindungi, redhai, berkati dan rahmatilah kehidupan kedua ibu bapaku. Sampaikan salam kasih dan rinduku buat mereka. Semoga setiap langkah kaki ini menapak dalam redha mereka kerana sesungguhnya keredhaan-Mu terletak pada keredhaan mereka kepadaku."



sticky note;
“Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa”. 
(riwayat al-Hakim)