kontra

reverse psychology dalam berdakwah...
untuk para dai'e...



instead of 
"Awak tak takut Allah ke?"
apa kata tukar...
"Awak tak sayang Allah ke?"


mungkin boleh cuba lihat natijahnya... 
:)

pena dan kertas

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak sekali-kali mencela makanan. Jika Baginda menyukainya Baginda memakannya, dan jika Baginda tidak menyukainya Baginda akan meninggalkannya (tidak memakannya)”
(Hadits riwayat al-Bukhari)


“Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam.”
(Hadits riwayat Muslim)



tapi saya ni pun kadang-kadang terlepas juga la perkataan yang tak berapa nak merdu didengar masa makan...
tawar la, masin la
biasalah... budak baru belajar...
tapi... 
untuk proses pengajaran dan pembelajaran demi mempertingkatkan kualiti dalam masakan memang bagus bab-bab kritik kutuk yang membina ni
kot kalau dekat rumah la kan mak ajar masak kari kepala ikan. bila masak dia pun rasa.
"huih! kau ni dah angaukan anak bujang siapa ni sampai tertumpah treler garam ni?"
jangan pula cakap...
"mak... ikut sunnah, kalau tak suka jangan makan, diam je..."
ha kot kalau agak-agak nak rasa kena hempuk dengan lesung batu cubalah bereksperimentasi. :P



bersyukur dengan setiap rezeki yang Dia hadiahkan
itu yang susah sebenarnya.
tapi kena buat.
mesti.




sebagaimana kita mencela mentari yang garang memancar mencairkan makeup
sehinggalah Dia hadirkan ujian lantas kita belajar erti rindu...
rindu pada sang mentari yang tidak pernah dihargai...
sebagaimana kita memarahi hujan yang membasahkan laptop
sehinggalah Dia hadiahkan ujian untuk kita sehingga terlalu kepingin menyentuh butiran air itu



sticky note:
sabar dengan syukur itu umpama pena dengan kertas.
saling memerlu untuk saling melengkapi.

kawan lama tegur dekat fb...
tanya-tanya khabar...
tiba-tiba...
"bila nak kawin?"


erk!
apa punya soalan tu?
motif?
heh...
masuk ni dah banyak kali betol kawan-kawan asik tanya bila nak kawin...
dan alasan yang sama saya beri...
belum habis belajar...
heh jawapan paling selamat kiranya...
ngee...
kursus kahwin pun tak pergi lagi... 
:P


saya yang punya alasan belum habis belajar mungkin boleh berasa sedang dalam zon yang 'selesa' namun si empunya yang bertanya mungkin terdedah dengan persekitaran yang...
err... memungkinkan dia bertanya sedemikian?
heh...



dan...
jawapan yang paling tepat mungkin...
"suatu hari nanti... insya-Allah..."
"ye la bila...?"
"bila sampai masanya..."
^^

masa bilamana si empunya diri sudah bersedia...

aku pengemis

aku pengemis di jalanan
menyusur laluan bertarkan ujian
tanpa kepastian
menerka setiap langkahan
tanpa pasti
arah ketemu destinasi
kabur oleh ilusi
sebuah fantasi mimpi
duniawi


lelah jiwa mendamba sinar cahaya
luluh hati merakam dusta dunia
teraba dalam terang suasana
tenggelam dalam pesona fatamorgana
terkapai-kapai di muara dosa


diri kian terpenjara dipagari
khilaf semalam menghantui
membayangi setiap derap kaki
mengekori di setiap hela nafas
menyesakkan ruang dada
membusung pada rongga hati
perit


aku hanya seorang pengemis
meminta-minta tanpa malu
merayu-rayu tanpa silu
mengharap dalam diam
mendamba dalam senyap
merintih penuh harap
pada Rabb


aku ini pengemis
mengemis dan terus mengemis
tidak lusuh oleh masa
tidak kalah oleh maki
meski berkali-kali
tersungkur di lantai bumi
aku tetap teguh di sini
menagih kasih Ilahi....




sticky note:
sungguh perubahan itu perlu
untuk hidup yang punya arah tuju


Alhamdulillah...
Dia pinjamkan kembali ketenangan itu...
buat diri lebih menghargai lebih mensyukuri nikmat ketenangan
tenang yang hanya bisa dimengerti oleh jiwa yang resah gelisah
tanpa asbab yang boleh diterangkan melalui hanya sekadar luahan kata
dan andai pun ia diluahkan
belum tentu si pendengar akan bisa mengerti
kerana hakikatnya diri sendiri jua sukar memahami

semoga Dia sudi pegang hati ini lagi
pegang agar hati ini terus tenang
tanpa resah yang memenjara
tanpa gelisah yang menyelubungi


aku ingat dengan ketawa hati akan tenang
kerana gembira
namun aku lupa...
gembira itu tidak semestinya tenang...
aku ingat dengan berteman aku akan lupai kekosongan
namun aku seakan terlupa
yang teman itu hanya jasad yang suatu masa pasti meninggalkan 
justeru saat itu...
ke mana harus ku tuju untuk ku lari dari kesepian yang menakutkan?
dengan ujian ini ku temui jalan...
sebuah rentas yang manjadi jawapan...
hati ini...
hati ini yang mendamba tenang yang mendamba teman yang hakiki
harus dirayu pada Yang Hakiki...


saat hati tercari arah...
resah gelisah gundah gulana
kembalikan ia pada Yang Berhak ke atasanya..



sticky note:

.