cahaya

jurnal dibelek-belek sambil belakang tangan menuam dahi. suam. heh inikah yang dinamakan demam peperiksaan? fuh! 
'tak faham...' hati merengek lemah...
mata dikedip-kedip berkali-kali. memandang kosong nota-nota yang bertaburan yang sedang melambai-lambai. 
nafas ditarik dalam lalu dilepaskan perlahan. ada keluhan kecil yang sebati bersama helaan nafas yang terhembus.
tangan mencapai earphone yang sedia dicucuk pada handset lalu dicucuk ke telinga. jari-jemari dibawa menekan papan kekunci. 
FM radio. perkataan yang tertera itu lantas ditekan.
 Lagu Kasih Padamu yang menjadi halwa telinga terasa begitu mengusik qalbu. syahdu. 
lebih kurang empat minit berselang alunan muzik instrumental yang mendamaikan pula menyambut pendengaran.
 seketika, "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Hadis riwayat Ibnu Majah."
Fuh! Peluh  kecik yang merenik di dahi dilap dengan belakang tangan.
instrument kembali beralun lembut menghias ruangan pendengaran.
tangan kanan lantas mencapai kembali nota-nota yang dipandang sepi.




sticky note:
"Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
[Imam Syafie]

jalan berhias liku


payah benar memujuk hati 
tatkala pilu mencengkam sanubari


perjalanan ini... 
berhias liku yang bersimpang siur
berhias duri yang melatari
namun harus berlari dan terus berlari



sticky note:

mimpi itu memang mengasyikkan
namun sampai saat dan ketika
kita mesti bangkit dari lena yang panjang
hadapi realiti di hadapan mata
realiti yang tak seindah mimpi di siang hari
lupakan fantasi yang melobi diri
campak pergi khayalan ciptaan
jadi muslim yang kenal islam...



awkward

keliru.

is it ok? or not?

a little bit awkward.
not little bit actually.
it is a BIG awkward moment and situation.
tak tahu macam mana untuk dicerita.
kerana saya bukanlah seorang penglipur lara yang punya idea untuk berkongsi rasa.
tak tahu pada siapa hendak bertanya.
kerana ada curiga yang bertanda.



Allah.
kalau salah Kau betulkan.
andai silap Kau tunjukkan jalan.
:(


rasa macam ada yang tidak kena
tapi pada masa yang sama rasa tidak tahu bagaimana untuk menepisnya.