Weird Habit

saya ada satu habit ni. weird habit,
habit yang kalau tak buat rasa macam... 
kalau kita biasa minum susu sebelum tidur, lepas tu satu hari tu kita rebus air, tunggu-punya tunggu sambil tengok samarinda, maklumlah heater besar, lambat masak, lepas tu bila dah masak, kita pun yay... sambil ambil mug, sudu, dan bila buka tin susu, tup-tup susu habis! lupa nak beli!
ha macam tulah rasa dia.
haha..
ok just joking.

setiap petang selalunya saya akan duduk tepi rumah,
sambil cabut rumput sambil pandang ke langit.
tengok awan, tengok langit, tengok alam.
sambil tunggu flight pukul 6.45
flight yang setiap 18:45 akan lalu. more or less. about 18:45.
saya renung sampailah ia hilang di sebalik awan, 
atau hilang ditelan jarak.
saya pandang sambil peluk harap, moga-moga satu saat nanti saya akan berada di perutnya,
menikmati musafir ke satu tempat idaman setiap muslim.
setiap petang.
rutin sama.
dan yang weirdnya, kenapa saya tidak pernah terasa jemu melakukannya?

tetapi sejak kebelakangan ini saya sudah tidak  lagi melihatnya,
kadang hujan turun di waktu petang, bagaimana mahu bertinggung di tepi sawah andai rintik hujan membasahi bumi, sedang pesawat itu juga mungkin terpaksa menunda perjalanan akibat cuaca buruk,
kekadang, saya yang terlewat keluar ke laman,
adakalanya, tak terperasan bila ia lalu melintasi awan, sedar-sedar, hanya asapnya sahaja yang kelihatan
petang ini juga sama, kepulan sisa asap yang berbaki sahaja yang ternampakkan, juga burung-burung yang berkicauan hendak pulang ke sarang,
ya saya terlepas flight 18:45 kerana terlalu khusyuk menulis di sini.

apa pun, rutin ini, habit ini, mungkin tidak akan lenyap ditelan waktu, meski jasad ini sudah berhijrah ke tempat baharu, kerana habit yang satu ini, habit yang weird. 



0 comments: