Perisai

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." 
[29:45]


"If one is praying, but continues to live a life full of sin, that salah is likely only the action of limbs - not heart or soul."
[Yasmin Mogahed - Reclaim Your Heart]

Jika seseorang itu solat, tetapi terus-terusan hidup dalam dosa, solat itu umpamanya hanyalah perbuatan anggota - bukan hati dan jiwa



Dan kalaulah solat pun tidak mampu menghalang kita daripada melakukan maksiat, kita harapkan pada apa sebenarnya?



Doa itu senjata, solat itu perisai,
untuk menang, kita perlukan kedua-duanya.

Pujangga Aku

Pujangga Aku 

Entah bila titik mula
Seingatnya tersedar sudah terjalin kita
Yang tertaut erat bagai ada tali yang mengikat
Walau tanpa ucap ana uhibbuki fillah
Namun jiwa-jiwa ini tidak pernah lelah
berkongsi perit yang mencelah
Aku bukan si manis bemulut manis
Aku tahu kamu juga sama
Mungkin kerana serupa
Kita tidak terbeban dengan kehendak pujangga puji dan puja
Tidak terdesak dengan lisan
Aku sayang padamu sahabat!
Kerana hati-hati kita  sudah mengerti
Itu lebih hakiki
fikirku

Aku diam
Lama
Kamu juga sama
Aku tahu kamu mengerti
diamku bukan bererti tidak peduli
diamku bukan bererti tidak ingat lagi
Aku tahu kau juga tahu
Ada hadiah yang dikirim tanpa alamat
Hadiah yang tetap sampai kepada tuan
walau di mana pun keberadaan
Kerana perantaranya adalah Tuhan
Walau terpisah beribu batu
tidak akan pernah dihijab jarak
namun aku harap kita akan berjiran satu saat nanti
Ya jiran yang saling bersapa penuh mesra
Kalau pun tempatnya bukan dunia 

Untuk kali ini aku ingin bermanis mulut
Walau seakan kekok
Sungguh aku rindu
Rindu hendak bersapa senyum dengan kalian
Sahabat
Semoga kalian dalam jagaan-Nya,
Di bawah lembayung kasih sayang-Nya
Sentiasa
Walau di mana pun jua
Aku masih peluk harap
moga-moga jodoh kita masih panjang untuk bertentang mata
meskipun bukan di kedai-kedai impian kita.
yang hanya kita yang tahu.
Hah! 
manisnya menganyam mimpi


Tulisan ini mewakili aku
yang kamu sendiri tahu
lebih akrab dengan abjad berbanding lafaz
bicara bisu ini buat kamu, kamu dan kamu
meski aku tahu mungkin kamu tidak tahu wujudnya ia
tapi harap kamu tahu siapa dirimu.




.................................................................................................................
hadiah istimewa:

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".

[Surah Al-A'raf:151]

Falsafah Hidup


*semoga sabar senipis helaian kertas ini tidak akan semena tercarik dek stigma yang hanya sehalus jarum*


Falsafah hidup. 
"Hidup itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata." [Hamka]


Setiap manusia punya potensi jika diberi peluang 
sebagaimana Allah memberikan kita peluang untuk memilih antara melakukan kebaikan atau keburukan, 
untuk bertaubat atas kesilapan atau terus hanyut dengan dunia tanpa sempadan pedoman. 
Antara melihat kebenaran yang terbentang atau memejamkan mata tanpa memandang.
Tidak ada manusia yang benar-benar suci dan putih
dan tiada juga manusia yang benar-benar jahat dan hitam.
setiap kita punya sisi hitam dan putih yang menjadikannya kelabu.
namun amalan jualah yang membezakan kelabu pekat atau cair.


the most significant thing in life is that it's a one way journey, no turning back. Once you goes on you need to keep going. No regrets. Keep it easy. 

"No amount of guilt can change the past, no amount of worrying can change the future. Go easy on yourself, for the outcome of all affairs is determined by Allah's decree. If something is meant to go elsewhere, it never come your way, but if it is yours by destiny from you it cannot flee." [Saidina Umar al-Khattab]

Selagi mana kita tak mampu nak rasa tenang bila berkeseorangan selagi itulah innallah hamaana itu belum benar-benar meresap ke dalam jiwa.



"Truly my Lord is with me, He will guide me through," [26:62]

Anak Buah

three days back, abang saya satu family balik kampung, dari KL. 
for about three days. or four?
anak-anak buah saya ( dua orang) sangat nakal.
so mak, (their nenek) says " Buah la... (in loghat kelantan of course)" as they touched every single things in the kitchen and run come and back.
Then, the eldest replied to mak. "Buah epal." 
I was like, what?
Haha
He doesn't got it. Obviously.
Hope they'll come back more often.
Don't forget son, you're half here. :P

Anyway, I think I've miss them already.
Miss how they called me for no reason.
"Achik. Achik...Achikkkkk!"
and for simple reason.
"Achik buat apa tu?"
"Achik tengok saya buat ni."

Actually, kids, they're attention seekers.
They really bonded to people who care,
who replied when they asked because they will keep asking the same questions again and again till we answer or they're tired.
they're extremely curious about everything.
they're clever.
they just naughty but nice as they are.
the wonderful of kanak-kanak.
kamon, kita pun pernah budak apa. 
:)


"Ni apa?"
"Buoh ssebeh."
"Nyum... nyum.."
tepuk dahi.