saya tak tahu nak buat apa
rasa lemah yang terlalu lemah
rasa sedih
buntu
jalannya seakan tiada langsung lorong yang cerah 
segalanya seakan kelam

saya betul-betul tak tahu nak buat apa
langkah ini tidak saya tahu hendak dilorongkan ke arah mana
pilihan sepertinya langsung tiada
terpenjara dalam kurungan konkrit tanpa saya tahu apa yang sedang menanti di luar.

Saya berserah
tapi entah sampai bila mampu bertahan
entahlah

mungkin,
saya sudah hampir berputus asa
mungkin,
saya sudah tidak terdaya mengharapkan apa-apa kerana takut kecewa
mungkin,
saya perlu merelakan saja
mungkin,
entah.
saya tak tahu.