Miss U...

erg...sangat rindukan umah. mak+ayah+adik beradik...especially mestilah mak. lagi seminggu bertahan! sebuah nukilan dedikasi buat mak yang tercinta...


a trillion thanx to my mum...

CeBiSAn iTu...

Impian itu sudahpun berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil dan terbang bersama angin lalu membawa bersama pena kekuatan...

yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan harapan yang terdampar di tanah gersang tatkala bayu yang menyapa menderu lembut menggugurkan serpihan itu...



“ Ya Allah... Kau jagalah cebisan harapan itu agar terus kekal di kalbu lantaran aku tak sekuat dulu... sesungguhnya cebisan itu adalah milik dia yang telah menyabung nyawa untuk kehidupan seorang hamba-Mu...”

SaAt iNi...

Saat tinta ini menitis tubir mata ini turut menitik. Digenangi air. Entah kenapa damai syahdu kian terasa. Aku sendiri tak pasti mengapa... dan untuk apa...
Setiap langkah aku menapak bagaikan terkesan oleh sayu yang kian mencengkam. Jauhnya aku dari Dia...


“ Ya Allah... andai diri ini alpa Kau sedarkanlah aku akan tarafku sebagai hamba. Andai diri ini leka Kau sedarkanlah aku akan diriku yang tak punya apa. Andai diri ini lupa kau ingatkanlah aku akan hidup yang hanya sementara. Andai diri ini luka Kau ingatkanlah aku akan hikmah-Mu yang tak terhingga...”

ReAcHing fOr tHe sTaR...

Dalam pada aku berusaha menggapai bintang itu aku seakan terlupa akan PEMILIKNYA... dalam aku mencari destinasi untukku tuju aku seakan terlupa akan PENUNJUKNYA...

YA ALLAH... hati ini...
Hati milik-Mu...

Dalam aku terbuai oleh indahnya dunia aku seakan terpisah dari negeri abadi. Dalam aku mengejar impian hidup aku seakan terpinggir dari fitrah kehidupan...

YA ALLAH... jiwa ini...
Jiwa milik-Mu...



Qalam Rinduku seakan mengerti akan kerinduan yang sekian lama terpendam pada dia yang bernama ketenangan...

Qalam rinduku seakan mengerti akan kerinduanku yang sekian lama terpendam pada dia yang bernama keimanan...

YA ALLAH... rindu ini...
Rindu milik-Mu...

Pengembaraan menjejak bintang yang paling terang bersinar bersama gemerlapan yang memancarkan kegirangan...

itulah impian setiap insan...

Perantauan dalam mencari erti kehidupan bersama mengumpul bekalan di sepanjang pelayaran merentas lautan di dunia yang hanya pinjaman...

itulah tujuan sebuah kehidupan...

now i'm tried to reach for the blinking star....

' Ya Allah...terlalu kerap diri ini meminta... terlalu banyak diri ini mengharap. mana mungkin aku mampu melalui hari-hari di sepanjang perjalanan kehidupan yang masih tersisa entah berapa ketika ini tanpa rahmat dan belas kasih Mu. Alhamdulillah...nafas ini masih terhembus. mungkin peluang yang Kau titipkan buat hamba sehina aku untuk terus merintih mengharapkan belas-Mu. buat mata kuyu ini untuk terus menangis memohon ampunan-Mu...'

*rindu sangat dekat sm_s yg dulu...mana dia ni???sm_s if u read this pliz call me...or just text me...plizzz....

ReLated to eAch oTher...

ergh...secukup rasa...bak kata cik yam.baru berapa minggu kerja bnyk dah mcm dekat 1 sem...selasa+rabu+khamis+jumaat=tests....gulp...esok!hbu...isy...apa ni? e2 x lagi msuk bab labreport2+assign...weh... erm...situasi beberapa hari yg lalu d sepanjang minggu ini. ujian d alam pertunangn.....

Betul lah kata orang ujian d alam pertunangan ni memang mencabar. Tempoh prtunangan yg sangat panjang. Tanpa rasa cinta...entahlah aku sndiri tak pasti smpai bila aku mampu bertahan...walau tanpa secalit cinta namun aku cuba belajar menyayangi ‘dia’. empat tahun tempoh yang ‘dia’ persetujui...bukan aku yg minta...

walau aku rela dalam terpaksa aku mencuba menerima ‘dia’ seadanya....namun ujian yang DIA berikan hampir-hampir meragut kesetiaanku kepada ‘dia’. Allah yang lebih tahu bahawa aku cintakan yang lain tapi...inilah takdir namanya...walau ku cuba lari dari ‘dia’ tapi Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

walau tanpa rasa cinta aku harap sangat pertunangan ini akan berkekalan hingga ke fasa seterusnya atau setidak-tidaknya kami mampu bertahan selama empat tahun...seperti yang ‘dia’ mahukan.mungkin selama empat tahun bersama’nya’ aku mampu melupakan cinta hatiku dan memberikannya kepada ‘dia’ tapi ini mungkin agak mustahil. mungkin benar kita hanya akan menghargai sesuatu setelah merasa kehilangannya...

aku percaya kalau betul cinta hatiku itu yang terbaik untukku sudah pasti Allah akan menyatukan kami tapi sebaliknya DIA mentakdirkan aku bersama ‘dia’...bukankan itu sudah cukup untuk menjadi jawapan pada setiap persoalanku selama ini. Aku yang sering meminta agar DIA yang menetukan segalanya...kerana aku yakin dengan kasih dan cinta-Nya...

janjiku kepada diriku akan ku cuba mengasihi ‘dia’ kerana Pencipta... akan ku cuba harungi suka dan duka bersama’nya’ kerana Yang Esa... walau sakit yang teramat perit yang akan ku rasai...sesungguhnya setiap kesakitan itu pasti akan ada panawarnya... setiap kelukaan itu pasti akan ada ubatnya... setiap ujian itu pasti akan ada hikmahnya...

“Ya Allah...walau apapun yang terjadi dan akan terjadi ku pinta semoga kau tidak akan pernah memesongkan hatiku daripada-Mu...tidak akan pernah membiarkan aku terus hanyut dalam kelalaian mengejar dunia pinjaman... tidak akan pernah mempertikaikan takdir yang telah Engkau tetapkan... tidak akan pernah mengeluh akan ujian yang Kau hamparkan... Ya Allah Kau penuhilah hatiku dengan kecintaan kepada-Mu agar tiada lagi ruang untukku selitkan dengan cinta yang selain dari-Mu juga kekasih-Mu..."


Perjalananku

Ku menapak atas bumi ini
kerna takdir Tuhan telah menentukan
ku berdiri tegak di sini
demi satu cita
tunaikan harapan
tuntaskan impian
dalam kehidupan...


ku lalui lorong yang berliku
ku layari lautan berombak
pahit jerih perjalanan hidupku
sakit pedih dilambung gelombang
penuh duri...
ku tabahkan jiwa dan raga
ku pasrahkan segala-galanya


Oh Tuhanku...
Teguhkan imanku kuatkan hatiku
Menghadapi hidup
Dalam pencarian pantai idaman...


Perjalananku...
Masih pertengahan
Akan ku teruskan selagi terdaya
Hingga ku berjaya
Akhirnya...

ikhlaskah kita?

Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :

"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)

Allah S.W.T berfirman :

"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang ikhlas (bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik). (Az-Zumar : 3)

*Retrieved from http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3777-ikhlas-dalam-kehidupan.html

erm...pernah jgk terdetik mcm mna nk jd seorang yg ikhlas? buat amal sbb nakkan pahala. nak kan pahala sebab nak masuk syurga...ikhlaskah kita?

" Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada kemunafikan, sucikanlah amalku daripada riak, sucikanlah lidahku daripada berdusta dan mataku daripada khianat kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati...."

keNapa?

owh berserabut...assignment x ciap2. camne nak ciap bca pon x pham. waduh...smalam bkan main idea mncurah2 ke ladang gandum, skarang ...lemau... kenapa ek? cis mkin dkat hari makin jd blur... Ya Allah...erm bnyak main ni...

as usual stiap post kna ada bnda untuk d share. erm bak kata org sharing is caring... erm kenapa ssh sngt kita nk trima kekurangan/kelemahan org len? sbb fitrah kjadian m'sia sukakn kesempurnaan...sempurna pada mata m'sia yng naif. perlukah kita meletakkn kesalahan pada bahu org yg kita anggap bersalah? siapa kita?

satu lagi fitrah kejadian m'sia yg kita tak bleh nafikan dan yg kekadang kita terlupa...TAK ADA manusia yg sempurna kecuali kekasih-Nya! kenapa mesti mencari kesempurnaan dalam diri org lain sdangkan kita tahu yang kita sndiri tak sempurna? layakkah kita demand dlm soal ini? kalaulah kita boleh menerima seribu kebaikannya tanpa syarat kenapa tidak kita belajar menerima satu kekurangannya tanpa keluhan...Astaghfirullahalazim...aku adalah insan...



try utk reflex diri aku sndiri. hidup yang penuh dosa. kalaupun dikumpul seluruh gunung yg ada di dunia ini belum tentu cukup untuk menampung ketinggiannya.

perjalanan hidup yang singkat namun jauh...
kehidupan yg hanya sementara...
pinjaman semata. 

donate blood jom...alah blood ni pon bkn hak mutlak kita. buat apa nak kedekut benda yng bleh kita share. egonya kita mempertahankan apa yg bkan milik kita...

Di mana dia?

Di mana dia?
siapa?
seseorang...
dia yang hilang...
siapa?
Yeah...dia adalah seseorang...
Dia yang pernah singgah di sisimu...

Siapa dia? Seseorang yang tak pernah kenal apa itu dendam...yang tak pernah sekali pun merasa benci pada orang lain...seseorang yang sering menangis bila diuji...bukan lemah...tapi tak cukup kuat...bukan sedih...tapi terasa sakit...bukan kecewa tapi...terasa hampa...terlalu......sakit yang tersangat pedih...luka yang teramat dalam...tapi dengan cepatnya bisa sembuh...walau darahnya masih mengalir...tapi sakitnya tak seperit dulu...

Tak mengapa andai dia bukanlah baik pada matamu...tak mengapa andai dia bukanlah penghibur sunyimu...tapi...kalau lah kau imbas kembali...siapa di sisimu di saat kau kesulitan...siapa yang dengan tanpa jemu mendengar celotehmu...siapa yang tak pernah kalih melayan ceritamu...siapa yang hadir di kala kau kesedihan...siapa? bukankah dia yang selalu bersabar dengan kerenahmu...bukankah dia yang sering menuruti kehendakmu...bukankah dia yang tak pernah mengungkit walau kadangkala terasa letih, sedih, sakit dengan tingkah laku mu yang tak pernah hirau akan kehadirannya...

Biarlah...
Suatu hari nanti kau akan sedar...
bila mana dia tak lagi di sisimu...
Bila mana dia sudah ketemu insan yang betul-betul ‘nampak’ akan jasadnya..
Bila mana dia telah pun menemui seorang insan yang boleh menghargai setiap kebaikannya..
Pada saat itu...
Kau carilah insan lain yang boleh melayanmu sebagaimana dia melayanmu...
Kau carilah insan lain yang boleh bersabar denganmu sebagaimana dia bersabar dengan kerenahmu...
Carilah insan lain yang bisa menyayangimu sebagaimana dia menyayangi dirimu...
Semoga kau ketemu....
Insan itu...