refresh hati





setiap manusia pasti akan diuji namun yang pasti setiap ujian itu berbeza-beza
makin kita cuba dekat
makin kita diduga dengan hebat
sebab Dia nak hadiahkan pahala bersyarat
bersyukurlah andai anda mampu melepasi setiap dugaan
namun jangan dicemuh dia yang tewas dalam arus kehidupan
mungkin dia tak cukup kuat untuk waktu ini
ketahuilah sesungguhnya itu berat buat dia
rasa berdosa tapi pada masa yang sama rasa tidak berdaya
tapi sekurang-kurangnya dia berusaha dan terusan berdoa
anda juga...
doa buat kita dan dia
sebab manusia itu sifatnya tak sempurna.
mana mungkin ada manusia yang tak berdosa kecuali Rasul Nya?
meski dia seorang alim ulama'.
tapi yang pasti kita hamba 
berusaha menghindari dan meminimumkan dosa untuk meraih redha-Nya



Dia tak suruh pun kan kita compete sapa lagi baik dari sapa?
kann? 
tapi Dia suruh kita usaha sama-sama jadi baik...
reminder.
=)



Dia uji kekuatan pada ketaatan
buat dia
dan...
Dia uji keikhlasan dalam ketaatan
buat anda.
jangan pula anda yang merasa lapang itu
menang dalam tewas
johan dalam gagal.




sticky note:
refresh hati... 
jauhi ujub...
cantas riak...

Nur Irsyad - Senandung Al Fatihah



sangat bermanfaat untuk saya
dan saya harap memberi manfaat juga untuk awak.


dulu masa kecil-kecil selalu dengar dan alhamdulillah daripada sini saya dapat ingat maksud surah yang kita baca tiap-tiap hari, Al-Fatihah...
sangat bagus kalau banyak nasyid2 macam ni.
nanti boleh try ingat maksud surah-surah tertentu.
betul.
kalau nak harap baca dan hafal nak-nak masa zaman-zaman yang banyak cabarannya memang susah.
salah satu inisiatif la.
even, bulan-bulan Islam pun susah nak ingat kalau tak ada yang komersialkan menjadi nasyid.
sama juga dengan nama-nama Rasul.
serius.
saya kalau nak suruh sebut nama-nama Rasul ke, bulan-bulan Islam ke nak juga kena ada melodi dia.
dah terbiasa dan dengan cara itu juga kita ingat selama ini.
sejak kecil.




-kalau dengan 'menyanyi' itu boleh mendekatkan... kenapa menjauhkan?-

-influenza-



guys... will you?


........................................................................................................................................
dia ganggu hati
entah siapa yang mulai
yang pasti segalanya tidak mampu dihindari
rasa itu menghantui
mencambah tunas tanpa sesiapa mengetahui
melainkan Allahurabbi...


mekar senyuman mencambah barah pada jiwa
mengoyak carik sekeping hati yang lemah tak bermaya
teman merintih hanya Dia
membayangi dosa noda tercela
menitis air mata


tidak pernah sekali terlintas untuk mengkhianati cinta 
apatah lagi mengenepikan kasih seluas dunia
tapi hati ini Kau duga
sehingga rebah parah menyerah
kerana sesungguhnya qalbu ini lemah
lemah bila hadirnya dia
menjadi insan ketiga antara kasih kita
menggugat ikatan menggoyahkan benteng yang dibina


sesekali terlintas di fikiran 
mengapa perlu dia hadir dalam lembaran ceritera kehidupanku
sedangkan seakan baru seketika kasih kita bertaut kukuh
membina bahagia yang tersemat kemas dalam sanubari
bahagia mencintai-Mu yang tak pernah melukai
bahagia mengasihi-Mu yang tak pernah melupai


kenapa perlu hadirnya dia untuk sekadar melukai
menyakiti tanpa dia sedari
mencantas tawa tanpa dia ketahui
melakar hiba tanpa dia mengerti
dan dia terus tersenyum hingga kini
kerana sesungguhnya dia tidak menyelami
tidak membayangi apa yang ku lalui
dan tidak perlu aku kira
kerana silap itu bukan pada dia


dalam diam, pedih ini ku ratapi
pedih menanggung rasa berdosa
sakit memikirkan khilafnya di mana sehingga hati ini tak mampu ku jaga
Duhai Kekasih Agung...
andai sakit ini menjadi asbab untuk Kau menerima insan sehina aku
andai pedih ini menjadi mahar untukku miliki cinta Agung-Mu
aku rela...
sedang Kau tahu aku lemah tanpa tuntunan-Mu
Duhai Pemilik hidupku
ku mohon...
bantulah hamba-Mu...
bantu aku untuk menjaga kesetiaanku dalam mengagungkan cinta-Mu...




sticky note:





p/s: niatnya nak masukkan puisi ni dalam novel coming soon tapi... ntah la bila nak coming nya novel tu...
^^ ok buat masa ni sangat sibuk.
tak sempat nak fikir idea dan tak ada masa untuk itu.
mungkin lagi setahun ke... dua tahun ke...
perhaps...
insya-Allah... :P

stand with



kata seorang teman, cik nin;
"OUR holy land.
Bukan theirs.diorang tolong jaga untuk us."



mereka tak suruh pun kita sayang mereka 
tapi Allah suruh kita sayang sesama saudara...
kita sayang mereka, Allah sayang kita.

lebih dari harapan...





"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
[Ibnu Atho`illah]


........................................................................................
secebis intipati dari video yang osem ni^^
tapi saya prefer awak yang tersesat ke mari, dengar sendiri.
serius awak takkan menyesal.
boleh jadi... awak akan menitiskan air mata...



Jika Allah hendak memberi kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan



Hasbunallah wani’malwakil
"Cukuplah bagi kami Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan."

“Ramai orang yang terpaksa bersabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur."





Sticky note:
Apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya
 La tahzan... innallahama'ana...

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” 
[al-Hadid: 23]





homesickness syndrome, yes?


even a picture can tell everything... 



"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."
[Luqman, 31: 22]


.......................................................................................................

rindu yang sarat melatari jiwa menyesakakn ruang dada hanya mampu diluahkan kepada Dia dalam sujud panjang ditemani air mata bergenangan.
benteng kolam mata yang pecah seakan tak mampu diteguhkan lagi
mutiara jernih yang mengalir seakan tak akan usai.
Allah... sesungguhnya dia milik-Mu. 

entah kenapa sejak akhir-akhir ini selalu teringat dekat mak ayah di kampung.
rindu sangat dengan mereka.
tak mampu nak diungkap dengan kata-kata 
malah kalau pun qalam dan tangan bertaut melakar bicara juga masih belum mampu menggambarkan rasa
infiniti.
semoga mereka dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia.
Ya Allah... 
jangan sampai rindu yang bercambah mekar ini mebayangi harum rindu kasih kepada-Mu.
jangan sampai rindu yang terbina utuh ini mengaburi teguh rindu kasih kepada kekasih-Mu.



"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
[Luqman, 31: 14]




sticky note;
jangan lupa rutin setiap pagi...
sedekahkan Al-Fatihah untuk mak ayah.
insya-Allah hidup berkat.

teruskan melangkah







Laksanakanlah amalan soleh walau sekecil manapun ia kerana tiadalah kita tahu amalan soleh yang manakah akan membawa kita ke Syurga. Amalan yang dilihat hebat di mata manusia mungkin tidak bernilai di sisi Allah kerana sering digoda riya', manakala amalan kecil lebih mudah ikhlas dek kerana tiada diendah oleh manusia...

~ Dipetik dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman



-Teruskan melangkah andai jalan itu benar 
meski duri berbisa yang tertusuk tajam dicelahan jari mengalirkan darah merah pekat, 
menitiskan mutiara jernih di tubir mata mengungkap derita yang bersarang di jiwa.
kerana nanti satu ketika merah darah itu menjadi saksi perjuangan demi Ilahi, 
jernih mutiara itu menjadi saksi perjuangan demi Ar-Rahim-





sticky note: 
"We cannot change the past to rewrite a better beginning, but we can work for the future and strive for a better ending."
[Syeikh Yasir Qadhi]

link

call mak... pastu berbalas salam dan bertanya khabar.
selepas beberapa ketika berbual
saya: .........................
mak: eh, kenapa senyap ni? halo.......
saya: ya... ya... ada...
mak: kenapa diam?
saya: habis tu nak cakap apa? (dalam nada berguarau sambil tertawa dan mak turut sama tertawa)
         dalam hati; saya cuma nak dengar suara mak je... sebab kalau saya bercakap mak hanya akan     
         mendengar kan? :( 
         dan sekarang tawa mak menyapa telinga. tenang.
mak: minggu depan, (maksud mak minggu depan, depan) krismas kan? tak cuti?
saya: cuti sehari je...
mak: sekarang musim buah.
        (mak berkias rupanya... hua.... dalam hati Allah je yang tahu. saya memang nak balik mak! bukan  
         sebab buah. tapi sebab rindu sangat dengan mak!.tapi apakan daya... :(

lepas habis cakap godek2 kalendar mengharapkan keajaiban. huh... 25 dis hari selasa. jadi... 


minggu depan minggu 'prafinal exam'
for sure hati tak berapa nak damai.
call mak sebab rindu nak dengar suara dia.
lepas dengar rasa macam nak nangis pulak. 


"Ya Allah... Kau sayangi, kasihi, lindungi, redhai, berkati dan rahmatilah kehidupan kedua ibu bapaku. Sampaikan salam kasih dan rinduku buat mereka. Semoga setiap langkah kaki ini menapak dalam redha mereka kerana sesungguhnya keredhaan-Mu terletak pada keredhaan mereka kepadaku."



sticky note;
“Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa”. 
(riwayat al-Hakim)

inflammation



saya harap saya cukup kuat untuk terus bersabar
dan saya harap saya cukup sabar untuk terus bertahan...


incik hati...
ingat Dia...
Dia sentiasa ada bersama...
sesungguhnya Dia, Healer teristimewa...
buat jasad dan jiwa 
Pengubat duka lara Pemberi bahagia
ada di mana-mana dan akan terus kekal bersama
Dia, Kekasih yang sentiasa rindu akan hamba.


Warkah Dia punya jawapan pada setiap keresahan
Surat cinta-Nya punya ayat memujuk yang bisa mendinginkan jiwa yang panas membara
bisa merawat luka pada sekeping hati yang tersiat pedih 
ayat-ayat indah yang mengalun syahdu bisa menenangkan jiwa yang resah gelisah 
bisa mendamaikan jiwa yang remuk berkecamuk
bisa mencampakkan noktah pada kesedihan dan keputusasaan.
bisa membalut hati yang disapa kesulitan dengan tenteram yang tak mampu digambarkan dengan bicara pena.


incik hati...
awak kuat kan?
saya harap awak ok.
dan saya tahu, awak akan ok. 
:)



sticky note:
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
[Al-Anfal,8: 46]



Dia punya jawapan



bila kita rasa sedih, kecewa, lemah dan hampir berputus asa...
Surah Al-Ankabut punya jawapannya;

ujian Allah itu berat namun nikmat kurniaan-Nya jauh lebih luas
dugaan Allah itu menyakitkan namun rahmat yang Dia limpahkan tak terhitung banyakkan
belajar dari kekurangan, bersyukur dengan kelebihan
nilaikan hikmah yang terselindung di sebalik tirai kepahitan 


kekurangan yang kita nampak mungkin satu kelebihan yang Dia kurniakan
dan kelebihan yang kita agungkan mungkin sekadar ujian pada ketaatan
mungkin dengan kekurangan, kita akan lebih meminta-minta pada-Nya
kita akan lebih mengharap akan keberadaan-Nya
mungkin dengan kelemahan kita akan sentiasa bergantung kepada-Nya
kerana kita sedar kita lemah.
kerana kita sedar kita perlukan Dia.
kerana kita tahu, percaya dan yakin yang hanya Dia yang tak akan pernah mengabaikan.
dan mungkin juga
Dia nak singkap hijab yang bertapak di hati.
hijab yang mengaburi indah cinta agung Ilahi


mungkin dengan kelebihan kita akan terus melupakan-Nya
kita akan jauh meninggalkan-Nya
kita akan merasa puas dengan apa yang ada
kita akan berasa tidak perlukan Dia.
mungkin.
kita tak tahu kelemahan kita.
Dia lebih tahu.
Dia tahu kita lemah dengan ujian pada kegagalan dan kesedihan
tapi...
Dia juga tahu yang kita tak cukup kuat menongkah ujian dengan kesenangan dan nikmat yang luas terbentang.
kejayaan itu satu nikmat. satu rahmat. tapi kejayaan itu juga adalah ujian hebat buat hamba.


Dia yang cipta kita
for sure Dia lebih tahu, lebih kita tang mana, kurang kita tang mana
dan tentu-tentu Dia sayang kita kan?
alah macam kalau kita dah lukis bunga cantik-cantik mesti kita tahu part mana susah nak lukis, part mana senang kan?
dan dah pastilah kita sayang kan?
lepas tu kot kalau ada orang conteng.
mau kena kejar keliling bangunan. ye tak?
ops! sabar... :P

kita memikirkan masa depan kita dan Dia merancang masa depan dan 'masa depan' kita... 
kita memikirkan kejayaan kita dan Dia merancang kejayaan dan 'kejayaan yang sebenar-benar kejayaan' kita

-sesekali kita kecundang itu mungkin tanda Dia ingin kutip kita kembali setelah lama kita menyepi dari mengingati-




sticky note;
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
[Al-Mukminun: 111]

-sabar, tawakkal-

He will answer... Pasti!


UNIC - Qunut Nazilah





sticky note;
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
[40: 60]



"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah dan apabila mendapat kebaikan, dia amat kikir, kecuali orang yang mengerjakan solat."
[Al-Ma'arij, 19: 22]





hati yang perlu dijaga...

jaga hubungan dengan Dia...
jaga hubungan dengan manusia...

jaga hubungan dengan manusia kerana Dia...
bukan sebab nak diangkat segala
bukan sebab nak orang nampak baik sopan saja
bukan sebab nak orang pandang mulia
tapi sebab Dia.
Dia yang suruh.
sebab dunia hanya persinggahan sementara.
perhentian seketika.
sebelum meneruskan perjalanan ke sana
destinasi yang masih jauh
sedangkan waktu yang tersisa semakin singkat

persepsi orang tak dapat bagi kita apa-apa apatah lagi syurga
cukup-cukuplah nak puaskan hati manusia hingga terlupa pada Dia
kalau betul jaga hubungan dengan manusia kerana Dia...
perkataan hipokrit tu tak perlu wujud dalam kamus bahasa.

biar nampak buruk pada mata manusia.
asal nampak baik pada pandangan Dia.


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milik-Mu
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


dedikasi buat dia... wo de mama...

wo yijing yi ge xingqi meiyou huixiang le. 
wo hen xiangjia, mama, baba, gege, jiejie he didi... 
:(

tahajjud cinta





Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

priorities

I was studying for a very important test, up to a point where I had to choose between reading the Quran or keep on studying.


I try to read the Quran everyday. When I was studying, I thought of skipping reading the Quran for that day. Then I realized that I was too preoccupied and attached to the test and how I will perform in it.



A thought came to mind, "Aiman, do not think that a good grade comes from you. It comes from Allah." 



I dropped my notes down and picked the Quran up. After reading two pages of it, I continued studying. 



Priorities. Priorities. Priorities.


[Aiman azlan's]



sticky note;
A good grade doesn't comes from you. 
It Allah's

saya+awak=kita

sudah sampai masanya untuk kita bawa haluan sendiri
saya sudah tidak betah untuk terus menanti
mengharap pada yang tak pasti
saya sudah cukup penat menunggu 
mengimpi sesuatu yang hanya ilusi

sudah jelaskan awak memang tak perlukan saya
keberadaan saya tak membawa apa-apa makna
malah mungkin akan hanya menyusahkan
dan mungkin menambah kesulitan

awak memang tak perlukan saya tapi saya rasa saya sangat perlukan awak
perlu untuk awak tahu yang saya cepat leka... 
dan saat itulah saya perlukan awak untuk sedarkan
saya mudah lupa
dan saat itulah saya sangat perlukan awak untuk ingatkan
saya lemah
dan saat itulah saya perlukan awak untuk menghembus semangat
saya perlukan awak sebagai teman bercerita di waktu senggang
tapi awak...
awak tak buat semua tu...
saya sedih... kecewa...
tapi saya tahu saya bertuah sebab ada awak...
sebab orang lain tak ada
Allah pilih saya untuk Dia pinjamkan awak pada saya

tapi apakan daya
awak yang mencipta jurang antara kita
awak yang meletakkan hijab pada ikatan 

biar saya teruskan dengan hidup saya yang begini
dan awak
dengan hidup awak yang begitu
kerana kita seakan saling tidak memerlu
kerana kita seakan hidup di dua dimensi yang berbeza 
walau kenyataannya kita dekat
meski realitinya kita tetap dekat hingga ke sana
meski hakikatnya ikatan ini tidak berakhir di sini

saya bahagia dengan hidup saya...
bahagia dengan cara saya sendiri
dan saya harap...
awak juga bahagia dengan hidup awak.

refleksi diri

jauh perjalanan luas pemandangan...
sepanjang jalan tu jumpa dengan macam-macam orang yang punya pelbagai ragamnya.
memang tak boleh lari dari sikap curiousity... 
kadang-kadang berspekulasi
kalau nampak yang pelik-pelik mulalah membuat tafsiran.
judge.
dalam hati sebut... 
"wah..."
"isy... isy... isy..."
"bla... bla.... bla..."

biarpun apa yang kita lihat itu benda yang tak baik contohnya tapi kita tak berhak pun nak judge orang kan?
kita tak tahu pun siapa dia di hadapan Pencipta.

cuba bila nampak benda yang pelik-pelik ni dalam hati cepat-cepat berzikir. tak semestinya istighfar... astaghfirullah...
cuba sebut 
subhanallah... subhanallah... subhanallah... subhanallah
alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah
Allahuakhbar... Allahuakhbar... Allahuakhbar... Allahuakhbar
dalam pada hati berzikir agak -agak sempat lagi tak hati ni nak bermonolog... berpesepsi...fikir itu ini?
kalau nak tahu... cuba buat...
bila nampak benda yang boleh menjerumuskan hati ni menilai dengan pandangan negatif, cepat-cepat zikrullah... atau paling tidak, dah tak payah nak pandang-pandang dah.
tengok tempat lain.
macam kalau tengah tunggu bas tengok jalan tar ker... "isy... isy... isy... banyak betul bakti jalan ni pada aku..."
ataupun bilang tiang lampu ke... "Banyak betul lampu ni... cerah masa depan... " :P
lebih baik, tengok alam, pokok-pokok, awan, langit...
sambil-sambil sebut dalam hati...
subhanallah...
tak ke, elok tu.
secara tak langsung kita dah bercucuk tanam dalam syurga :)
indah kan? 

cuba la...
try buat...
indah...
betul...


sticky note:
hawa adam atau syifa raihan atau...
kata nak jadi budak baik...
yang tak baik tu kena la tinggalkan
kalau tak cuba tak tahu kan...
dan kalau tak cuba memang tak boleh...

^^

Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...
syukur atas nikmat yang tak mampu terhitung dari-Nya.
terima kasih Allah. 

dia dah sembuh. alhamdulillah.
terima kasih Allah kerana mengembalikan kesihatannya.
Allahuakhbar.

Kau uji ketabahan.
Kau uji keimanan.
Kau uji kesabaran.
Kau uji keyakinan.
Kau uji sekeping hati.
kemudian Kau kembalikan nikmat itu. 
Kau Yang Maha Tahu apakah hamba lulus dengan ujian.

Dalam pada dugaan yang Kau hamparkan 
Kau ajarkan erti syukur.
Kau ajarkan erti redha. 
Kau ajarkan erti sabar. 
Kau ajarkan erti bahagia.


Kau pinjamkan kekuatan tatkala jiwa lemah dan rapuh
Kau pinjamkan ketenangan tatkala hati resah dan gundah
Kau pinjamkan kedamaian tatkala qalbu dihimpit kegusaran.
Kau pinjamkan kayakinan tatkala diri tenggelam dalam kepasrahan.


sticky note:
pada setiap ujian Dia selitkan pengajaran
pada setiap dugaan Dia titipkan hikmah terlindung
mehnah itu indah
pada yang percaya pada Dia
pada yang yakin dengan kuasa-Nya



dia ganggu hati ini
argh... nak kena eliminate cepat-cepat ni.
tapi antibody dah macam tak berapa nak kuat
perlukan skuad tambahan
semoga antibiotic dapat membantu.
nak ambil vaccine sudah agak terlambat.
huh.


moga-moga awak cepat sembuh incik hati.


-------------------------------------------------------------------

~tak ada kaitan dengan yang atas...~

adam.
rasanya lah kan kamu kena lebih sensitif dalam beberapa hal
please jangan guna perkataan yang lunak merdu lagi mendayu.
hawa ni cepat tersentuh dengan perkataan-perkataan tu
walaupun pada kamu perkataan sayang tu biasa tapi tak pada hawa.

hari tu masa tengah cari something dekat atas rak masa dalam lab;
saya melilau-lilau sambil terjengah-jengah (sebab tak cukup inci -_^).
ada sorang budak lelaki datang dari belakang dan tegur. "Cari apa?"
"Cover slip..." menjawab ringkas sambil mata dan tangan masih bekerja.
Dia juga sama. cuba mencari. 
tiba-tiba. "tu lah sayang..." sambil tangannya menunjukkan ke arah satu kotak cover slip.
erk! sentap.
terus ambil dan berlalu.

ok fine. faham. kami kawan jadi mungkin pada dia benda macam ni memang biasa tapi tak pada saya dan saya yakin tak juga pada kebanyakan orang. perkataan tu terlalu sensitif.
nasib baik saya memang tak ada dan tak pernah ada rasa apa dekat dia. kot kalau dia cakap macam tu pada budak perempuan yang memang admire sangat dekat dia macam mana? tak ke, ke awan budak tu nanti. 


so, adam...
please ea...
jangan mudah guna perkataan-perkataan sensitif tu.
dan. juga.
jangan terlalu concern.
severe. 
betul. 

hijr


i’m not a perfect person
there’s many things i wish i didn’t do
but i continue learning...

...i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is You
and the reason is You
and the reason is You...






-makin kita cuba dekat makin kita diduga dengan hebat-


dalam pada kita semakin mampir ada 'mereka' yang iri hati
ada 'mereka' yang dengki.
ada 'mereka' yang tak putus harap terus menghasut ke jalan maksiat
jangan biar 'mereka' menang.
jangan biar 'mereka' ketawa senang.
'mereka' sakit melihat kita menang.
kita 'sakit' kalau biarkan 'mereka' menang.
kita kuat. lagi kuat dari 'mereka'
sebab kita ada Dia yang jaga.





...to start over new...
May Allah ease my way.
May Allah bless my journey.