JUST READ...

just read this  on aimanazlan punya blog...
err... macam menyayat hati...
Nauzubillah...
mohon diri kita sentiasa terpelihara dari segala macam fitnah dunia...
terhindar dari segala bagai hasutan syaitan...


Allah berfirman dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Allah juga ada berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: 
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."


*p/s: Maksiat itu luas maksudnya...

Hati kita ni tersangatlah rapuh... andai tanpa doa sebagai senjata apa lagi yang mampu menjadi penguat pada sekeping hati yang mudah benar terusik...

semoga kita sentiasa di bawah teduhan rahmat-Nya dan perlindungan-Nya... amin...

SEKADAR RENUNGAN...


mode: rindu nak makan nasi lemak mak cik sebelah la...
asyik hidu bau jek...

* mencari kesempurnaan dalam diri manusia yang tak sempurna...
tak de pekdah nya lah...

cuba hayati ni...


bukan ke lagi baik...
*perjalanan hidup yang sangatlah singkat namun jauh...

"Wahai orang beriman! Janganlah kamu memakan riba berlipat-ganda, dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat kemenangan (kejayaan). Dan peliharalah diri kamu daripada api neraka yang disediakan untuk orang kafir. Dan taatlah kepada Allah dan rasul, supaya kamu diberi rahmat. Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan). (Surah Ali Imran, ayat 130-134)

Aisyah pernah menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesiapa pun, tidak juga kepada isteri dan pembantu Baginda, kecuali dalam berperang di jalan Allah. Dan dia tidak pernah membalas sedikitpun kepada seseorang yang menyakiti hatinya, kecuali dalam hal larangan Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

p/s:subhanallah...betapa Baginda seorang yang sangat pemaaf....
ustaz saya pernah cakap sabar Rasulullah tiada terbatas...

TAHUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ?

TAHUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ?

♥ Seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki ,janganlah kau kata dia tak laku ,
♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"


TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,
♥ Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
♥ Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
♥ Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu..



~ a very special thanks to AkuIslam.com ~

SyiFa' UnTuk HARi iNi...