eyes-borne


cinta tu boleh berjangkit ke?
eyes-borne ea?
dan yang peliknya akan terus transmits ke hati?
tanpa melalui any circulations?
no circulation? at all? 
coz love is...
like the wind...
we can't see it but we can feel it...
huh!
merbahaya sekali.
sama severe dengan influenza mungkin
atau... lebih?
memang tiada any precautions ke?
no antibiotics, no vaccine
bergantung sepenuhnya pada body immune system?
kuatkah?
that heart. yup.
hati itulah yang kena kuat
.berjuang.
sebab dia yang akan diserang.



pesan buat rindu

menyusun helaian rindu yang semakin bertimbun
untuk disampul dan disimpan 
di celahan kekuatan dan ketabahan
tekad dan percaya adanya Dia
yang sentiasa sudi menyambut kerinduan
yang kian sarat menyesakkan ruang pernafasan
yang kian membusut di kamar hati


pergilah bayu membawa rindu 
terbang bersamamu
moga-moga nanti dikau ketemu
destinasi yang teralamat di sampulnya
dan berpesan pada sang rindu
agar kembali kepadaku
untukku dakap erat saat kehausan
kasih dan sayang
sebagai penghibur gundah gulana
sebagai peneman saat kecewa


rindu...
pada bayu semilir desa yang permai
rindu...
pada kicau burung yang galak bernyanyi riang
rindu...
pada desir angin yang menyapa pepohonan
rindu....
pada mereka insan tersayang



duhai rindu-meredap
tersenyumlah dikau dipimpin sang bayu
jangan lupa pulang ke pangkuan
menemani hati yang kesepian
tatkala syahdu kembali bertamu



butir keikhlasan

saat amarah mencucuk hati
istighfar berpuput menyentuh naluri
sayu mendayu mencantum kembali
retak di dinding hati
menjadi penawar hakiki
kiranya Ya Latif mengizini
terubat jua jiwa yang tersakiti
oleh bicara tajam menikam
oleh tingkah sumbang menyakitkan ...


mencuba memujuk diri
membelai jiwa yang terguris
merawat hati yang terhiris
melalui hakikat yang terbias
sesungguhnya manusia itu sifatnya tak sempurna
punya kekurangan yang tidak mungkin serupa
miliki kelebihan yang mungkin tidak sama
untuk kita terima seadanya dia
dengan seikhlasnya
bukan sekadar simpati semata
kerana simpati itu meletihkan di akhirnya
bukan juga bicara manis penyedap telinga
aku memaafi dia kerana kekurangannya
sedang jiwa membara kebencian
dan dendam tiada kesudahan


terusan belajar erti ikhlas dalam memberi
adapun keikhlasan
terlalu mahal harganya
terlalu halus seninya
tiada tara nilaiannya
seumpama semut hitam
di atas batu hitam legam
di malam kelam tidak berbintang
teramat payah untuk digenggam
terlalu sukar untuk dipertahankan
hingga dipertengahan kembara mencari ikhlas
mungkin juga ada yang tertewas
tunduk pada hebatnya godaan
rebah pada lemahya iman
sedang ikhlas itu di penghujungnya
mencambah kekuatan


kuat yang cukup kuat 
mencurah kemaafan buat setiap insan
meski dia terusan menyakiti
tetap aku punya sekeping hati
sarat santun insani
dilimpahi kolam kecintaan
buat saudara seakidah
hatta dia masih mengkhianati tanpa dia sedari
hingga mengalirkan air mata sepi
sayup di pelosok hati yang tercorot
kejam merobek hati yang sedia tersiat
tetap aku memaafinya
lillahita'ala...



kerana kelemahannya jua aku punya
itu fitrah manusia
titipan Pencipta
untuk aku juga dia dan mereka
sentiasa mengingati
hakikat diri milik Ilahi
dan segala yang ada tetap Dia yang punya
kurang padanya
lebihnya dia
pinjaman Tuhan yang Maha Memberi
fitrah kasih pada insan dicintai
dan hati terusan bermohon
moga Dia ilhamkan kekuatan
agar aku cukup kuat untuk terus bersabar
dan cukup sabar untuk terus bertahan
merantau di daerah gersang di pinggir hati
mencari secebis redha yang terselit
di celahan butiran pepasir keikhlasan
memaafkan

tinta hati

Andai saja waktu dulu bisa ku ulang
Terlalu banyak impian yang ingin ku genggam
Ingin sekali aku gali dan mencari
Kerah seluruh keringat dan kudrat
Meski berulang kali tertimbus kembali
Namun tidak akan pernah punah harapan yang tersemat
Tidak akan sekali-kali rebah menyerah
Terduduk pasrah
Pada takdir yang menjengah

Tapi...
Itu hanya ilusi pada bicara andainya...
Sedang hakikatnya aku ini bukan sesiapa
Hanya seorang manusia yang tak punya apa
Juga tidak berdaya
Sekadarnya mampu berdoa juga berusaha
Moga-moga hari esok lebih bermakna
Lebih bersinar
Dengan hadirnya iman di dada
Yang bisa ku bawa
Ku genggam kemas
Ku dakap erat
Lantas ku persembahkan pada-Nya

Tapi aku manusia
Lemah dan hina
Sering terleka dengan nikmat dunia
Apakah Dia sudi menerima
Insan sepertiku?
Yang cintanya buat dunia kian mekar
Sedang rindunya buat Pencipta semakin pudar
Sering tersedar
Namun tidak cukup kuat menghindar
Pada bisikan hasutan rayuan
Yang membawa terbang ke awanan khayalan
Mengimpi syurga idaman
Sedang hati jauh dari Tuhan

Dan mentari mega terus bersinar
Menyinari bumi yang kian uzur
Sehingga tiba detik dan waktu yang tak berundur
Ia tetap di situ
Akur dengan janjinya pada Penguasa Alam
Tunduk pada perintah Pemilik kehidupan

menjejak rajuk cinta

Lantaran hati ditebak rasa terpencil
kosong bagai kehilangan
tatkala iman sehalus hama
kian goyah ditampar leka
kian mamai diselimut alpa
bagai ada belati menusuk 
bagai ada jarum mencucuk
pada dinding hati yang merekah
dan berdarah

serasa dosa sentiasa mengekori
setiap derap langkah kaki
sedang iman semakin hari
semakin menyepi
luak dikorek nafsu duniawi
yang rakusnya menyeleweng
menarik-narik jiwa
yang penasaran seakan rela
setapak demi setapak mendekat
menjenguk di balik tirai maksiat
dan mampir pada pintunya
dan pada ketika itu serasa tersedar
dihambat kesalan

rupanya masih tersisa
zarah-zarah kecil iman
yang tersorok pada penjuru ihsan
lantas memaksa hati
kejap pada titik noktah tidak berganjak
mengenggam takwa yang hampir keciciran
mendakap iman yang hampir terbuang
meronta-ronta ingin kembali
pada diri
mencari diri
yang kejapan hilang 
mengekpresi kekosongan

adakala benar mungkin
kata pujangga
mencinta itu mudah
setia itu payah
hingga menjerumus diri dalam jurang kelalaian
pada cinta dunia tak berharga
yang indahnya pada mata yang buta
hingga tidak mampu melihat 
dusta di balik kepalsuan indahnya
pada telinga yang pekak
hingga tidak mampu mendengar
rancak kebohongan di sebalik penipuan nikmatnya

aku ingin kembali
pada jiwa yang terisi
oleh ilham Pemberi
setiap juzuk cinta yang sebati
olahan tasbih
yang membasah di ulas bibir
setiap abjad rindu yang menggebu
oleh lakaran tahmid
yang indah terlukis di kanvas hati
setiap naskhah kasih yang memekar
oleh lafaz taubat di ruang naluri
dalam setiap sujud
melayar bahtera menyusur samudera
menjejak rajuk cinta.


Iman seseorang mukmin akan terlihat di saat dia ditimpa ujian. Di saat dia bersungguh-sungguh berdoa, namun belum terlihat hasil doanya. Ketika keinginan dan harapannya tidak berubah walaupun sebab-sebab untuk dia berputus asa sangat kuat. Kesemua ini dapat dilakukan kerana dia begitu yakin bahawa Allah sahajalah yang paling tahu apa yang terbaik untuk dirinya.


[Ibnu Jauzi; Jom!]



percaya itu perlu 
yakin itu mesti.



sticky note;
dan demi Dia, usah kecewa
dan kerana Dia teruskan berusaha
dan untuk Dia jangan pernah berputus asa

kurang lebih



Terlebih gula dalam darah boleh menyebabkan diabetes.
terlebih kolesterol jadilah obesiti.
terlebih duit boleh ler buat pergi haji! :P
terlebih kasih sayang?
heh... jarang kedengaran.
selalu orang cakap pasal kurangnya kasih sayang.
seriously, terlebih might be worst dari terkurang. In some cases la. Except in platelet count. kurang platelet boleh sebabkan Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) woo... Severe tu... 

            Ok stop melalut. Talk about lebih as ‘ter’ dekat depan.
            Specifically, terlebih kasih sayang.
            Itu yang ingin saya bicarakan.
            Terlebih kasih sayang pada harta benda dan juga manusia.
            I mean pada benda-benda yang berharga macam duit, rumah, kereta, motor, lappy…. J and so on. Lain orang lain benda yang dia sayang kan? Dah kalau saya tak ada kereta tak ke pelik kalau saya sayang kereta orang? Bukankah lebih baik andai saya menyerahkan kasih dan sayang saya pada Mr. Lappy saya… Heh… merapu lagi…

            Ok back to the main topic.
            Terlebih kasih sayang pada manusia.
Tak kisahlah, anak ke… mak ayah ke, kekasih ke, partner ke… sesiapa lah.
Mungkin lagi worst.
Tak percaya?
Kena percaya.

Based on pengalaman…
Either daripada pemerhatian sekeliling atau berlaku pada orang terdekat.
Kasih sayang yang berlebihan pada kanak-kanak contohnya mungkin akan beri kesan yang buruk? Err… ‘tidak baik’… is better I think.

Frankly speaking, saya tak mampu nak bayangkan apa akan jadi pada budak umur dua tahun yang pada ketika usianya sebegitu, dia telah pun diberi tab di tangan. Dah pandai tekan itu ini, tunjuk macam-macam benda yang dia suka macam altrauman even mulut baru pandai sebut ia sebagai ‘tomen’? Huh… dan yang buatkan saya sangat kagum, that boy dah pandai tekan-cari-tunjuk-ikut nyanyi sama-sama dengan those altrauman plus spiderman?; He called it as ‘semen’.
Sampai satu tahap saya just perhati je dia berlari-panjat kerusi-debuk orang sambil usung tab tu ke merata tempat sementara akal… ligat berputar memikirkan masa depan…
Seriously tak tercapai dek akal apa akan jadi lagi sepuluh tahun kedepan…Woa… takut weh…


Nak-nak dan-dan tu jugak mula terfikir. Macam mana nak didik anak lagi sepuluh tahun akan datang dengan teknologi yang pasti jauh lebih canggih?

Memang selama ini saya tak pernah nak fikir pasal benda-benda ni semua dan tak pernah pun nak bagi peluang pada diri untuk fikir sebab rasa diri ni masih muda remaja lagi. Sebab rasa saya berada di ‘zon yang selamat’. Benda tu masih jauh sebab masih ada abang dan kakak yang masih belum lepas tapi benda yang tersaksi ni memang mengganggu fikiran. Betullah, kita ni tengok benda sekeliling pun boleh menjana pemikiran asalkan kita tahu menyingkap yang tersirat.

Saya tertanya, macam mana nak ajar budak kecil umur dua tiga tahun supaya bila makan kena duduk dan bukannya kita sebagai ibu bapa? Heh… err… (orang yang lebih dewasa is better mungkin :P) tidak hanya mengikut rentak mereka yang tidak tahu apa-apa semata-mata yang pada setiap ketika hanya tahu bermain hinggakan makan dan minum pun sambil berlari.

Bagaimana pula untuk menundukkan kedegilannya yang inginkan bermacam-macam permainan yang sememangnya bukanlah keperluan tanpa perlu kita berkasar dalam bicara mahupun perbuatan. Untuk kita terangkan yang bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat. Dalam bahasa kanak-kanak yang akan dia faham.

Lenggok bahasa yang sebagaimanakah yang harus digunakan untuk memberitahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dan jawapan apakah yang membolehkan mereka untuk faham kenapa tidak boleh? M     acam mana nak diterangkan tentang dosa pahala syurga dan neraka yang sememangnya tidak nampak supaya mereka bukan sahaja percaya tetapi yakin sebagaimana kita yakin dan percaya.

Macam mana pula untuk kita ajar mereka supaya sentiasa menghormati orang yang lebih tua as hormat bukan sekadar dengan mencium tangan ketika bersalam tapi lebih dari itu samada dalam tutur kata mahupun tingkah laku.

Aigoo…
Betul nak didik anak itu susah sekali! Anak bukan setakat untuk dijaga makan pakai kesihatan bla3… tapi untuk dididik akhlaknya menjadi soleh dengan didikan yang menerapkan akhlak Rasulullah sebagai ikutan. 
Seorang anak yang solehah belum tentu dapat melahirkan anak yang solehah juga kerana iman letaknya di hati dan tidak boleh diwarisi dari generasi ke generasi. Bukan inherited!
Kerana itulah didikan yang betul itu sangat perlu. Kritikal.
this and this might help. Untuk kita juga. 



Penciptaan manusia itu sesungguhnya tersangat unik. Allah cipta kita penuh dengan sifat kasih dan sayang tapi jangan sayangkan manusia sangat-sangat kerana ada yang lebih berhak memiliki kasih sayang kita lebih dari manusia.


sticky note: 














dah lama tak update.
1st sebab laptop demam. dua minggu lebih jugalah. masuk wad sehari.
lepas tu tuan punya laptop pulak deman
dan sekarang
alhamdulillah... laptop dah sihat sepenuhnya. alhamdulillah... ada hikmahnya
tuan punya laptop juga sudah semakin sihat alhamdulillah...
dan akan sihat sepenuhnya insya-Allah...
walaupun rasa liat yang amat nak menghabiskan ubat2 terutama sekali antibiotik yang mak ai... besar betul. dapat rasa dekat kerongkong ni dia lalu masa telan.
tapi lepas kuatkan diri belek-belek buku microbe nak cari idea untuk biostatistik, tapp...
ternampak terlalu banyak gambar-gambar yang mengerikan.
Allah... banyak betul penyakit dalam dunia ni. 
itu baru satu buku dan satu subjek tak masuk lagi buku-buku lain yang penyakitnya disebabkan oleh benda lain macam parasite, viruses... dan lain2....
ini Allah uji demam sikit pun dah lemah tak bermaya.
tuan punya laptop, awak kena kuat tau.
tough bukan sikit tapi banyak-banyak.
paling penting kena banyakkan bersyukur.
jangan liat nak habiskan antibiotik.
ada sebab kenapa Dia uji mungkin sebab Dia tak nak awak leka sangat.
terlebih gelak agaknya ni...
banyakkan senyum... kurangkan tawa...



p/s: trillion thanx untuk kawan2 yang banyak membantu, even mereka tidak membaca ini... ^^



sticky note:
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!"  
(Surah Hud, 11: 52).


insya-Allah... 
minta Dia tambahkan kekuatan di samping kekuatan yang sedia ada 
dan
minta Dia pinjamkan kekuatan andai diri tidak cukup kuat untuk terus bertahan

-nak jadi kuat... bergantunglah pada Yang Terkuat...-