"semoga hati ini terus kuat untuk berjuang kerana sesungguhnya dia sedang diserang."

semoga sedih ini akan segera hilang.
semoga resah ini akan segera terbang.

cincin tanda

"dah pandai bercincin sekarang..." - cik yam...
saya tersipu malu... ngee...

tak terkata apa.
ok jujur ada sebab tersendiri.
heh nak bagitau segan........

sebenarnya...
tidak keterlaluan andai di kata bahawa ini adalah salah satu prevention
ok let say, satu hari ada sesuatu yang mengganggu hati; boleh jadi masa study dekat library; masa makan kedai mamak; masa berkelah di tepi pantai; masa window shopping... dan lain2...
dan andai kata itu yang terjadi,
sedang kita bertekad ingin menjaga hati.
apa nak buat?
at least bila bercincin ni, ada some thought yang tetiba pop up in mind...
"there is someone, somewhere yang Dia sedang jaga untuk awak."
"so take care of yourself. your heart. your eyes."
dan itu yang berlaku.

yup. ini cincin tanda.
tanda yakin dengan Dia.

dah tersangat lama tidak menulis.
bukan tidak kepingin namun kesempitan waktu yang menyekat keinginan
banyak yang hendak diluah tidak mampu diterjemah
sekian lama, kanvas ini saja yang setia menjadi medium luahan rasa tatkala gembira mahupun hiba

sepanjang menyepikan diri ini...
terlalu banyak yang dilalui yang mengusik sanubari
kesedihan... keperitan yang dirasai hanya mampu dipendam dalam
meski kekadang terlepas bicara pada insan yang ada di sisi yang tidak sepatutnya dilakukan
lepas dah terluah baru tersedar.
khilaf.
tidak seharusnya diceritai kekurangan manusia lain
kerana manusia itu bukan untuk dihukum atas sebab kekurangan.
kadang bicara minda dan hati saling bertengkar sesama sendiri.
kata hati yang terlalu penat menanggung beban rasa
sebu dan sebal
bicara bisu minda yang lebih rasional dalam menilai baik dan buruknya sesuatu perkara
juga kata iman yang luahan sepinya senantiasa dalam melodi yang positif.
namun akhirnya...
diri ini kalah juga.
kerana terlalu penat. penat yang terlalu penat.
memendam rasa. 
rasa keseorangan.
Allah...
rasa macam tak sanggup nak lalui tapi sentiasa Dia pujuk dengan ayat-ayat cinta

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". [12: 87]

setiap hari rutin yang sama
menghadam kembali setiap kata motivasi pada dinding mukabuku sendiri.
stalk diri sendiri.
ya... post itu bukan dituju kepada sesiapa.
sekadar pesanan dan motivasi kepada diri sendiri dalam pada berkongsi dengan yang lain.
hanya itu cara untuk menaikkan kembali semangat yang tersembam.
Allahu...
hanya Dia yang tahu apa yang ada dalam hati.
payah.
teramat payah memotivasi diri sendiri
memupuk nilai positif di saat berhadapan dengan situasi negatif.
susah...
memendam rasa yang berbuku dalam pada masa yang sama cuba memujuk diri
belajar untuk sabar dan syukur
redha dan ikhlas
sudah terlalu penat menangis.
rasa diri ini terlalu lemah.
sampaikan tegar mengkisahkan perihal permasalahan yang juga melibatkan insan lain
Allah...
rasa berdosa tapi pada masa yang sama rasa tidak berdaya.
kadang dalam tidak sedar meluahkan apa yang terbuku di hati.

perjalanan ini sukar.
sungguh sukar.
namun ini jalan yang Dia hadiahkan.
jalan yang pastinya yang terbaik untuk diri ini.
yang kadang bicara bisu berolek di minda
kalau selama ini aku bisa bersabar, redha dengan setiap dugaan kenapa tidak untuk kali ini?
hanya harapan yang sentiasa tersemat di qalbu.
harapan moga Dia permudahkan segalanya.
harapan moga Dia tidak memudarkan ilham untuk diri ini terus berdoa.
dalam apa jua keadaan.
harapan moga Dia tidak akan pernah membiarkan diri ini sendiri.
harapan moga Dia tidak akan pernah menyerahkan diri ini kepada diri ini sendiri walau dalam kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek.
harapan moga rahmat dan pertolongannya sentiasa diri ini dambakan dalam apa jua keadaan.
harapan moga diri ini kuat untuk terus taat pada-Nya.
harapan moga diri ini kuat untuk mampu menjaga kesetiaan pada cinta-Nya.